Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, February 20, 2017

#

Life was ...

Assalammualaikumwaruhmatullahhiwabarakatuh! Konnichiwa!

Alhamdulillah sempat juga update entry this time heheeee ^^





Related image


Life was..

Full of memories..

Bad..

Or..

Not..

DEPENDS ON YOU.

.

Topic random hari ini ialah Life was .... Aku percaya ramai kat luar sana sibuk kejar dunia. Well, Korang pun tahu life tu macam mana. Mencabar gila kan? Sebagai student memang perah otak fikir nak study abroad with baki-baki grade A yang macam nak pupus. Hambar. Tapi, kenyataan dude.

Sebelum ni, aku sibuk nak masuk aliran sains kononnya aliran tu baguslah students-nya ...dan macam dah guarantee berjaya dunia akhirat tapi, kenyataan yang aku lihat kini berbeza. Aku terkesima seketika. Mana tak nya weh..Budak science streams pun ada yang susah sambung belajar sehinggakan tidak bekerja. Janganlah korang fikir "Oh aku tak masuk aliran sains ..hmm tak ke mana pun.." Weh! Salah tu.. memanglah kita tidak se"genius" mereka. Kita ni tahap average je mana sampai tahap kena hafal perkaitan antara ADDMATHS DAN MATHS DENGAN SAINS DALAM PHYSICS WOWWOWOW belum lagi masuk Biology,Chemistry? hahahaa wait.. nope.

To me, belajar aliran mana pun sama janji kita ikhlas menuntut ilmu even cikgu yang ajar kau macam tak berapa suka dengan kau. Aku banyak kali alami .., bila tanya soalan tak pandang wajah aku yang penuh curious ni..sebaliknya, menerangkan untuk fahamkan diri cikgu itu sendiri. Pernah weh..pernah..sakittt sangat sakit. Tapi, aku sabar sebab apa? Jika Allah takdirkan kita di situ pasti ada hikmahnya percaya. Just go with the flow.

Ada satu moment tu juga.., waktu aku form 1 dilayan penuh kasih sayang oleh cikgu sains nama dia Cikgu Firdaus. Dia ajar aku memang tahap infinity catch. Betul!. Aku boleh dapat markah yang nak menuju A sikitttt je lagi. But, sayangnya cikgu itu hanya cikgu practical sahaja. Dan, sebelum dia pindah aku ada rasa dia hanya focus pada aku macam awal tahun je like bulan 1 hingga 3 or 4 camtu..lepastu, focus dia kat aku hilang..dia layan students lain lebih...dia tanya soalan lebih dan betulkan kalau salah kat students lain...dia hiraukan aku. Lama-kelamaaan aku seakan-akan vanished dalam kelas tu.  :')

Perit belajar tu sentiasa ada...akan ada... kalau takkan tu memang menipu habis lah.. alam persekolahan pun dah macam ni...itu lah life weh.. topic today. Waktu aku form 2, aku duduk belakanggggg sekali. Hahaha. Bukan aku yang nak tapi,telah diaturkan oleh mereka-mereka yang kononnya rabun tak nampak whiteboard. Habis, kenapa tak pakai cermin mata? Aku pun rabun lagi tinggi power berbanding mereka. Aku diperlakukan macam sampah.

Aku sabar..aku selalu ingat Allah kan ada..Allah kan ada.. biar manusia membenci,tinggalkan dan kutuk-kutuk kita tapi, percaya lah kalau kau sabar pahala dia subhanallah :'))))

Walaubagaimanapun, aku ni tak ada hatred pun. Tak letak dan tak keep langsung dalam sudut hati ni. Sakit tu memang la ada. Tapi, kenalah bersabar banyak-banyak. Bila dipulaukan,dilupakan dan ditinggalkan semua aku pernah rasa..sama juga dengan rasa happy , good memories semua tu banyak juga.

Aku ingat lagi, dulu..cikgu aku lepas je habis mid-year exam tanya markah exam aku

"Syara, awak dapat berapa markah exam?.." (situasi ini di khalayak ramai ketika itu)

Malu...aku malu... results aku yang agak tak bagus itu ditanya pula oleh cikgu tu..Allahu..Hanya Allah sahaja yang mengerti betapa aku sabar dengan life.

Kena tinggal kawan tu basic je.. Banyak kali pernah rasa. Aku move on. Aku anggap family always comes first sampai bila-bila. Sebab tu, kalau kawan aku pindah ke..atau jumpa kawan lain yang lebih sempurna kecantikannya aku tak kejar. Tak payah..,buat penat je kejar manusia yang tidak mengerti nilai menghargai. Kau fikir kalau dia senang-senang boleh tinggalkan kau tak ke dia pun senang tinggalkan kawan baru dia tu? Logic thinking ok? Sabar. Bawa bertenang banyak-banyak istighfar.

Kadang-kadang Allah jauhkan kita daripada seseorang itu bersebab

-Perangai tak elok ke
-Dia sosial (pergaulan bebas)
-Tak kuat agama
-Kuat menghasut perkara lagha atau tidak elok
-Malas belajar
-Membawa pengaruh negative

and etc...

but yang paling utama adalah dia..tidak ditakdirkan untuk bersama dengan kita. Faham? So, senyum je okay? :)




Jangan pernah salahkan takdir kau fail.. sakit,pedih,retak,jatuh,kalah,gagal semua tu memang dipanggil life.. ini bukan Syurga :')

Aku tak kecam budak aliran sains dalam entry ni. Korang memang pandai .. korang gifted sangat-sangat ..ramai yang nak jadi macam korang..Jadi, jangan sia-siakan apa yang korang ada tu.

Akhir kata, stay strong..think positive..keep calm & be happy! Enjoy your life yang seketika jangan biarkan orang pijak kepala kau dengan mudah lagi. Ini masanya..untuk kau bangkit!
Allah tahu yang terbaik :D

Sayonara! ..Wassalam.


3 comments:

  1. For me, either you take a science stream or arts stream course it doesn't matter. As long as you work hard, get good result, polish soft skills you're going to be fine

    ReplyDelete
  2. Hidup macam roller coaster, redah saja, yang penting, jadikan ia bermakna :)

    ReplyDelete
  3. Agree dgn rasya, sains or not tak penting. takda pon things like sains lagi susah because seriously I can't draw anything. The most important thing is just foucus on things you like, stop being too concerned about everything.

    ReplyDelete

Most viewed!

Otaku :)

Once an otaku, forever an otaku!